Kemudahan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin

1) 2 Buah Bangunan Sekolah (4 tingkat)

Bangunan ini menempatkan kelas kelas tingkatan 1 – 5, pejabat, perpustakaan dan bilik-bilik lain. Bangunan blok A terletak bersebelahan dengan dataran sekolah. Bangunan blok B terletak bersebelahan dengan bangunan tingkatan enam.

2) Sebuah Bangunan Pra-Universiti (2 tingkat)

Bangunan ini menempatkan kelas kelas tingkatan enam. Bilik seminar juga terletak di sini. Bangunan ini terletak bersebelahan dengan bangunan blok B. Bangunan ini juga digunakan sebagai tempat prep bagi pelajar tingkatan 6 aspuri.

3) Sebuah Dewan (Dewan Al Bukhari)

Dewan ini merupakan tempat berlangsungnya acara rasmi dan acara tidak rasmi. Perhimpunan rasmi akan diadakan di dewan ini pada setiap pagi hari Isnin. Dewan ini mempunyai 2 gelanggang badminton. Dewan ini terletak bersebelahan dengan kantin dan mempunyai 2 buah tandas lelaki dan perempuan, sebuah pentas, sebuah bilik guru, sebuah stor peralatan, sebuah bilik penyimpanan bawah tanah dan sebuah bilik PA sistem.

4) Sebuah Surau (Surau Al Khalili)

Surau ini mempunyai 2 tingkat dan sangat luas. Surau ini boleh Menampung kira kira 1000 orang jemaah pada satu masa. Surau ini merupakan tempat Bacaan Yasin dan solat hajat pada setiap pagi Jumaat. Selain itu, surau ini juga merupakan alternatif lain jika dataran dan dewan tidak boleh digunakan semasa perhimpunan hari Isnin. Di sini juga tempat pelajar asrama putera dan puteri menunaikan solat fardhu berjemaah dan tempat aktiviti keagamaan seperti tazkirah atau ceramah. Selain daripada ruang solat, surau ini mempunyai sebuah bilik guru, sebuah bilik pentadbiran, sebuah dewan seminar, sebuah bilik seminar, sebuah perpustakaan, sebuah bilik telekung, 3 buah pondok wakaf, 2 buah tandas lelaki dan perempuan dan 4 tempat wuduk lelaki dan perempuan. Surau ini telah dinaik taraf pada tahun 2014 hasil sumbangan PIBG dan pada tahun 2016 hasil kutipan wakaf daripada warga sekolah. Surau ini juga mempunyai banyak hadis serta nama Allah yang ditampal di dinding dan tingkap yang tinggi.

5) Sebuah Kantin

Kantin ini merupakan tempat utama pelajar ketika waktu rehat. Kantin ini terletak bersebelahan dewan dan garaj guru. Bilik makan guru dan galeri kokurikulum terletak di sini. Kantin ini telah dinaik taraf pada tahun 2009 atas sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan pada tahun 2016 kantin ini juga telah dinaik taraf atas sumbangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi membuat bilik makan guru yang lebih luas dan menggantikan bilik makan guru yang lama.

6) 4 Buah Bangunan Asrama Putera dan Puteri (4 tingkat)

Bangunan asrama terbahagi kepada dua iaitu 2 blok asrama putera (aspura) dan 2 blok asrama puteri (aspuri).

Asrama Putera (Asrama Umar Abdul Aziz)

Nama lain bagi Aspura ialah Asrama Umar Abdul Aziz. Aspura mempunyai 12 dorm dan 8 bilik prep. Setiap dorm boleh menempatkan sehingga 20 orang pelajar. Aspura juga mempunyai sebuah pejabat, sebuah bilik warden lelaki, sebuah bilik ICT, sebuah bilik seminar, sebuah bilik mengaji, sebuah bilik gerkan warden, sebuah bilik mesyuarat MPA, sebuah bilik kesihatan, sebuah koperasi asrama, sebuah bilik tetamu lelaki, sebuah bilik televisyen, sebuah bilik gerakan Majlis Pengawas Asrama (MPA) putera, sebuah bilik dobi dan sebuah bilik ping pong. Selain itu, terdapat 2 gelanggang sepak takraw atau badminton di antara blok A dan blok B asrama putera. Setiap aras mempunyai tandas, bilik mandi, bilik basuh dan bilik ampaian. Ampaian berbumbung terletak di belakang blok A aspura.

Asrama Puteri (Asrama Rabiatul Adawiyah)

Nama lain bagi Aspuri ialah Asrama Rabiatul Adawiyah. Aspuri mempunyai lebih banyak dorm berbanding aspura iaitu 18 dorm dan 5 bilik prep disebabkan pelajar puteri lebih ramai berbanding putera. Setiap dorm boleh menempatkan sehingga 25 orang pelajar. Aspuri mempunyai sebuah bilik warden perempuan, sebuah bilik kolah mandi, sebuah bilik ICT, sebuah bilik tetamu perempuan, sebuah bilik televisyen, sebuah koperasi asrama, sebuah bilik kesihatan dan sebuah bilik dobi. Selain itu, terdapat 2 gelanggang badminton di antara blok C dan blok D asrama puteri. Setiap aras mempunyai tandas, bilik mandi, bilik basuh, dan bilik ampaian. Ampaian berbumbung terletak di belakang blok D aspuri.

7) 2 Buah Dewan Makan Aspura dan Aspuri

Kedua-dua dewan makan ini terletak di antara Aspura dan Aspuri. Dewan makan ini merupakan tempat pelajar asrama menikmati sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam. Dewan makan aspuri telah dinaik taraf pada tahun 2016 atas sumbangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memuatkan lebih ramai pelajar aspuri dapat menggunakan dewan makan ini pada satu-satu masa.

8) Dataran Sekolah (Dataran Barokah)

Dataran sekolah digunakan sebagai tempat bacaan Al-Quran pada hari Selasa hingga Khamis. Dataran ini juga digunakan sebagai tempat letak kenderaan guru dan kenderaan pelajar. Perhimpunan akan diadakan di dataran sekiranya terdapat sebarang majlis yang menggunakan dewan.

9) Padang

Padang sekolah ini digunakan sebagai tempat acara sukan tahunan berlangsung. Selain itu, padang juga digunakan sebagai tempat beriadah pelajar asrama pada waktu petang. Di sini juga terletaknya sebuah gelanggang futsal, 2 buah gelanggang bola tampar dan sebuah gelanggang bola jaring. Garaj motosikal terletak bersebelahan dengan padang.

10) Sebuah Dewan Terbuka (Dewan Rabiatul Adawiyah)

Dewan ini siap dibina pada tahun 2016 dan terletak di antara blok C aspuri dan dewan makan aspuri. Dewan ini digunakan untuk majlis berskala kecil atau perjumpaan aktiviti kokurikulum. Dewan ini juga digunakan sebagai tempat perhimpunan pelajar aspuri.

11) Kemudahan Lain

1) 34 buah kelas

2) 4 buah makmal sains, kimia, fizik, biologi

3) sebuah perpustakaan

4) sebuah perpustakaan tingkatan enam

5) sebuah bengkel KHB

6) sebuah bengkel masakan

7) 2 buah bilik guru lelaki dan perempuan

8) sebuah bilik guru tingkatan enam

9) sebuah bilik operasi SPBT sekolah

10) sebuah bilik kesihatan sekolah

11) sebuah bilik ICT

12) 2 buah bilik ICT aspura dan aspuri

13) 2 buah koperasi sekolah

14) 2 buah koperasi aspura dan aspuri

15) 2 buah bilik warden lelaki dan perempuan

16) 2 buah bilik kesihatan aspura dan aspuri

17) sebuah bilik mesyuarat

18) sebuah bilik VVIP

19) sebuah bilik makan guru

20) sebuah galeri kokurikulum

21) sebuah pejabat sekolah

22) sebuah pejabat asrama

23) sebuah bilik peperiksaan

24) sebuah bilik gerakan kokurikulum

25) sebuah bilik guru kanan mata pelajaran

26) sebuah bilik kebitaraan bahasa arab

27) sebuah bilik disiplin

28) sebuah bilik PBS

29) sebuah bilik BADAR

30) 3 buah pondok pengawal

31) sebuah bilik kaunseling

32) sebuah bilik cetak

33) 2 buah bilik tetamu lelaki dan perempuan

34) sebuah gelanggang bola jaring

35) 4 buah gelenggang sepak takraw

36) 2 buah gelanggang bola tampar

37) 6 buah gelanggang badminton

38) sebuah gelanggang futsal

39) sebuah bilik pengakap kump. 50 Klang

40) sebuah stor sukan

41) sebuah bilik uniform

42) 2 buah bilik televisyen asrama putera dan puteri

43) 10 buah gazebo / pondok rehat

44) sebuah bilik jadual waktu

45) sebuah bilik fail dan dokumentasi

46) sebuah bilik bahan bantuan mengajar (BBM)

47) sebuah stor barangan

48) sebuah bilik MBMMBI

49) sebuah bilik arkib

50) sebuah bilik kebitaraan nasyid

51) sebuah bilik kebitaraan pendidikan Al Quran dan As Sunnah

52) sebuah bilik seminar

53) empat buah bilik persediaan makmal

54) garaj guru

55) garaj motosikal

56) sebuah podium asrama

57) kuarters guru dan kakitangan

58) sebuah bilik alat pandang dengar (APD)

59) sebuah bilik mesyuarat MPA aspura dan aspuri

60) sebuah bilik gerakan Majlis Pengawas Asrama MPA aspura

61) 2 buah bilik dobi aspura dan aspuri

62) sebuah bilik seminar asrama

63) 12 buah dorm aspura

64) 18 buah dorm aspuri

65) 8 buah bilik prep aspura

66) 5 buah bilik prep aspuri

67) sebuah bilik mengaji asrama

68) sebuah perpustakaan asrama

69) tandas murid (lelaki/perempuan)

70) tandas guru (lelaki/perempuan)

71) sebuah tandas diraja

72) garaj guru tingkatan enam

73) garaj pengetua

74) sebuah bilik transformasi sains

75) sebuah bilik pengawas

76) sebuah padang petanque

77) sebuah bilik ping pong

78) sebuah bilik gerakan warden

79) sebuah galeri nasyid sekolah

80) sebuah bilik seminar surau

81) sebuah dewan seminar surau

82) sebuah bilik pentadbiran surau

82) sebuah bilik telekung surau

83) sebuah perpustakaan surau

84) 2 buah tandas surau

85) 4 buah tempat wuduk surau

86) 7 buah bilik basuh aspura

88) 6 buah bilik ampaian aspura

89) 7 buah bilik basuh aspuri

90) 6 buah bilik ampaian aspuri

91) 2 buah tempat ampaian berbumbung aspura dan aspuri

92) 2 buah kolah air aspura dan aspuri

93) 2 buah stor sukan aspura dan aspuri